andai lelaki tahu...
andainya lelaki tahu ,
apabila seseorang perempuan jatuh cinta ,
lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya ,
tetapi lelaki itu adalah segala dihatinya .
andainya lelaki tahu ,
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan airmata ,
itu bukan bermakna dia lemah ,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah mencintai lelaki itu .
andainya lelaki tahu ,
apabila seseorang perempuan marah ,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah itu maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu .
lihat sahaja pasangan yang baru bercinta ,
mereka jarang bergaduh ,
tetapi percayalah semakin mereka bertambah sayang seseorang ,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku .
andainya lelaki tahu ,
apabila perempuan itu banyak bercakap ,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas ,
tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat lagi .
andainya lelaki tahu ,
apabila perempuan kata dia mahu anda berubah ,
itu tidak bermakna dia tidak menerima kamu seadanya ,
tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik ,
bukan untu dirinya ,
tetapi unuk masa depan kamu .
andai lelaki tahu ,
apabila peremuan cemburu dan tidak percayakan anda ,
bukan bermakna dia tidak sayang ,
tetapi dia terlalu sayangkan kamu ,
dan masih menganggap kamu seperti anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian .
kadang kadang dia terlalu risausekiranya terlalu percaya ,
kamu akan mengkhianatikepercayaan yang diberi
naluri keibunya sangat kuat ,
dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
andai lelaki tahu ,
apabila perempun merajuk ,
jangan kata dia mengada ngada ,
dia bukan mahu dipujik dengan wang ringgit atau hadiah sedozen ,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa mereka dihargai .
andai lelaki tahu ,
apabila perempuan jarang mengatakan "iloveyou"
itu tidak bermakna dia tidak menyintai atau menyayangi ,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya ,
bukan hanya hadir dari kata kata ,
tetapijuga melalui bahasa tubuhnya .
andai lelaki tahu ,
apabila perempuan mengatakan lelaki lain itu lebih baik dari kamu ,
jangan percaya kata katanya ,
kerana dia hanya mau menguji kamu .
dia mahu melihat sejauh manakamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya ,
walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik dihatinya .
selagi dia dengan kamu ,
percayalah walaupun perempuan menganggapramai lelaki lain lebih baik dimatanya
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik .
perempuan itu diciptakan Allah indah sekali ,
di sebalik airmatanya ,
tersimapan seribu satu kekuatan ,
yang bakal menjadikan lelaki itu selamat bersamanya .
jadi hargailah kehadiran perempuan dalam hidup anda ,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja ,
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna ,
dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya . isteri juga ibu yang terbaik unu anak anak anda .
lots of love ,
atiqah aziera saharudin


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home